Sunday 31 March 2013

Tok Pulai Chondong



Nama sebenarnya ialah Abdul Samad Faqih Abdullah yang lahir pada zaman pemerintahan Long Yunus iaitu 1207H bersamaan dengan 1792M. Beliau dianggap sebagai tokoh terawal di Kelantan dan merupakan saudara dua pupu Syeikh Daud Abdullah al-Fatani iaitu ulama asal Patani yang masyhur. Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang isteri iaitu Mek Mendusa, Bi'ah, Thamani dan Zaleha dan  dikurniakan 16 anak serta empat daripadanya meninggal dunia ketika masih kecil. Antara anak- anak Tok Pulai Condong ialah Abdul Hamid, Abdul Syukur, Abdul Aziz, Umar, Muhammad Said, Taib, Siti Mariam, Muhammad Arsyad, Abdullah, Muhammad, Zainab, Ummu Maimunah. 

Di awal pendidikannya daripada ayah dan datuknya melalui sistem pengajian pondok tradisional Pattani  serta belajar di Pondok Pauh Bok, Pattani  dengan guru beliau iaitu Syeikh Abdul Rahman Abdul Mubin al-Fatani sebelam menyambung pengajian di Makkah. Semasa beliau berusia 16 tahun iaitu sekitar tahun 1808M bersamaan 1223H, ayahnya iaitu Faqeh Abdullah telah menghantar beliau ke Makkah untuk mendalami ilmu di Masijidil Haram dan ketika di sana, Beliau telah menuntut ilmu dengan Tuan Guru Adam disamping ada yang mengatakan beliau merupakan salah seorang anak murid kepada Syeikh Daud al-Fatani . setah menetap beberapa tahun di Makkah, Tok Pulai Chondong pulang ke Kelantan dan menyebarkan ilmunya dalam bidang agama yang berkaitan Usuluddin, Fiqh, dan Tasawuf.

Di atas sifat yang cintakan ilmu, beliau sekali lagi pergi melanjutkan pengajian di Makkah pada tahun 1840M kerana  merasakan dirinya masih perlu belajar bukan mengajar padahal pada waktu itu, mengikut pendapat beberapa orang ulama lain,Tok Pulai Chondong memang layak belajar bukan mengajar.   Di sana, beliau kerap menunaikan haji dan pernah membawa anaknya, Muhammad Arshad yang berusia 13 tahun. Sewaktu menunaikan haji beliau sempat menziarah makam Imam Syafie di Mesir bersama Tuan Tabal (Pengarang Kitab Sabla dan Tuan Haji Hassan Besut).

               Pada 1820 Tok Pulai Condong membuka Kampung Bilal Talib, Pulai Condong dan membina sebuah surau berhampiran sebatang pokok pulai di kampung itu. Sekembalinya dari Makkah, beliau aktif menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat dengan mendirikan sebuah surau pada 1820 dan dijadikan pusat pengajian sistem pondok. Selain mendirikan pondok, beliau turut mendirikan masjid pada yang sama  tetapi musnah dalam kebakaran dan sekali lagi membina masjid baru sebelum ia dipindahkan ke Kampung Surau. Masjid itu dikenali sebagai Masjid Tok Pulai Condong yang digunakan hingga sekarang dan menara masjid ini menjadi objek kemegahan tempatan kerana ia dibina oleh Tok Pulai Condong sendiri. 

Menara setinggi 57 kaki (18 meter) itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana dibina menggunakan sebatang kayu cengal tanpa bersambung . Selain itu, menara masjid berbentuk lapan segi dengan ukur lilit 12 kaki (empat meter) itu, mempunyai 23 anak tangga, digunakan oleh bilal untuk melaungkan azan. Keteguhan menara itu teruji apabila negeri dipukul ribut besar pada 1880 menyebabkan banyak pokok tumbang, tetapi menara itu tetap teguh dan tidak terusik.

Semakin banyak pengetahuannya di bidang tasawuf semakin kuat Tok Pulai Chondong beramal.Sebenarnya memang sejak kecil Tok Pulai Chondong ialah seorang yang memang mempunyai ciri-ciri khusus tentang amalan itu. Pada masa tuanya beliau terkenal sebagai seorang sufi yang warak, banyak membaca pelbagai wirid dan zikir. Zikir jihar dan zikir sirr semuanya beliau kerjakan dengan tekun sepanjang siang dan malam. 

Doa yang paling sering diamalkannya ialah Hizb al-Bahri yang sanadnya bersambung dengan pengamalnya yang mula-mula iaitu Wali Allah Saiyidi Syeikh Abi Hasan asy-Syazili. Hizb al-Bahri telah beliau ijazahkan kepada beberapa muridnya di Mekah. Antaranya ialah seorang bangsa Arab yang bernama Syeikh Ahmad bin As'ad ad-Dihan. Syeikh Ahmad ad-Dihan mengijazahkan pula kepada Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani. Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani menulis doa tersebut dalam sebuah kitab yang diberi judul Lum'ah al-Aurad. Daripada sini ia tersebar dan banyaklah orang mengamalkan Hizb al-Bahri melalui penerimaan ijazah daripada seorang guru ke seorang guru hinggalah ke hari ini.

Pada tahun 1874M, Tok Pulai Chondong telah menghembuskan nafasnya yang  terakhir di Makkah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maala (berhampiran kubur Siti Khadijah).

Antara karamah Tok Pulai Chondong:
1-      Berdasarkan kisah di mana pada suatu ketika (semasa menuntut ilmu di Makkah), Tok Pulai Chondong dikatakan pulang untuk mengambil buah durian di Pulai Chondong dan dalam masa 24 jam tersebut juga sudah berada semula di Kota Makkah sedangkan tempoh perjalanan kapal pada masa itu memakan masa yang panjag iaitu berbulan-bulan.

2-      Pada tahun 1873, sebelum berangkat ke Mekah untuk kali ke empat dan terakhir, Tok Pulai Chondong sempat berpesan kepada anak muridnya iaitu Haji Abdul Ghani Pangkal Gong agar jangan lupa untuk menebang pokok kelapa yang tinggi-tinggi di sekeliling masjid itu kerana katanya:
“kita ni nak mari ribut”.
Ribut yang dimaksudkan itu ialah petaka angin besar tahun 1880 yang sangat masyhur di dalam sejarah negeri Kelantan.

Ribut tersebut seolah-olah hendak menguji Menara Masjid Pulai Chondong kerana semua pokok-pokok yang besar dan kecil di sekitar menara tersebut tumbang bergelimpngan tetapi dengan kehendak Allah, Menara itu tetap berdiri dengan megahnya hingga sekarang.
 
Masjid Tok Pulai Chondong yang kekal sehingga ke hari ini...

Thursday 21 March 2013

Macam mana Cara Menutup Aurat Yang Sempurna?

Salam Jumaat yang penuh didalamnya segala macam barakah...(perbanyakkan selawat kepada Nabi s.a.w., perbanyakkan berdoa kerana suatu detik pada hari Jumaat setiap doa akan dimakbulkan dan pelbagai perkara sunat lain yang memberi ganjaran pahala kepada pelakunya)...begitu pemurahnya Allah...


Terkadang apabila Allah anugerahkan kepada kita sesuatu kenikmatan kita lupa bahawa kita perlu mensyukurinya dan menjaganya dengan baik. Sebagai contoh apabila Allah menganugerahkan kecantikan kepada kaum perempuan atau wanita mereka perlu menjaga uarat mereka dengan sebaiknya dengan menutup aurat dengan sempurna di hadapan yang bukan muhrim sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau para pempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki,  atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung."


Selain daripada menyebut tentang golongan yang membolehkan seseorang perempuan membuka auratnya, ayat di atas juga turut mewajibkan seorang perempuan untuk menutup auratnya dengan sempurna kecuali muka, dua pergelangan tangan dan selain itu, ia adalah aurat bagi seorang perempuan.

Sebagaimana yang kita maklum, walau apa jenis meterial atau fabrik , fesyen dan sebagainya yang kita pakai, Islam tidak melarang bahkan menyukai ummahnya cantik kerana Allah juga menyukai kecatikan. Namun begitu, ia  mestilah bertepatan dan berlandaskan syariat Islam yang mana ia mestilah tebal, tidak menampakkan bentuk tubuh serta tidak ketat.
Pemakaian seseorang perempuan tidak berhenti di situ sahaja, bahkan mereka mestilah melabuhkan tudung mereka sehingga menutup bahagian dada, tidak menampakkan bentuk leher dan telinga serta menutup kaki mereka kerana setiap daripada itu, ia merupakan aurat kepada seseorang wanita.
Wallahu a'lam...

Sunday 17 March 2013

Baru Taw.....

Salam...
Selama ini kita tidak tahu bahawa besarnya pengorbanan seorang ibu yang mengandung, melahir, mengasuh dan mendidik kita dengan harapan kita menadi manusia berguna terutama kepada agama. Di samping pengorbanan ibu, tidak dapat dinafikan jasa seorang ayah yang banyak berkoraban tulang empat keratnya semata-mata hendak melihat anaknya ini mendapat tempat tinggal, makan, pakai yang cukup serta menjadi manusia yang boleh diharap....





 Pengalaman ini diperolehi semasa cuti sem ari tu... selama lebih kurang 13 hari (7 hingga 20/2/2013) mak dan ayah meninggalkan rumah untuk rehlah mereka dan mengharapkan ana untuk menjaga adik-adik. Biasnya ana hanya bantu buat kerja rumah sekadarnya. Tapi bila mak dan ayah tiada di rumah, semua urusan rumah jadi tanggungjawab kita, rasa dan jadi macam suri rumah....Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lacar walaupun terdapat sedikit kesulitan pada awalnya...:D

.

Dari pengalaman ini, menjadikan ana sedar bahawa betapa penatnya untuk menguruskan keluarga; mengemas, membasuh, masak dan sebagainya. Bayangkan ianya telah dilakukan oleh emak dalam tempoh 30 tahun dan menjadi rutin hariannya tapi ana hanya dalam tempoh lebih kurang 13 dah rasa betapa perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Bila diberi rezeki seperti ini, baru kita tahu macam mana mak dan ayah bertungkus-lumus memastikan anaknya mendapat semua keperluan dengan cukup.

Mak, ayah...
moga kalian dikurnia kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat..



Wahai Rabb,
Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku di waktu kecilku. Serta Jadikan hamba anak yang menjadi penyejuk hati ayah dan bonda, yang dapat berbakti kepada mereka sepanjang diri ini masih diberi rezeki dan bernafas...