Sunday 22 November 2015

FANA’ MENURUT WACANA BADIUZZAMAN SAID NURSI DALAM MENCAPAI KESEMPURNAAN HIDUP TAMADUN MANUSIA.


Nur Syazana binti Adam1
Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar2

1Calon sarjana Usuluddin, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu,
2Ph.D, Profesor Madya, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu,- Pengarang Penghubung

ABSTRAK

Fana’ didefinisikan sebagai suatu kesedaran yang tinggi dan ingatan yang kuat yang tertumpu hanya kepada Allah SWT hingga ingatan kepada yang lain menjadi tumpul seolah-olah tiada dalam ingatan. Manakala konsep tamadun yang digalakkan dalam Islam ialah memakmurkan bumi secara komprehensif yang merangkumi tanggungjawab membangunkan masyarakat, memperkuatkan ummah secara menyeluruh dan menegakkaan keadilan hukum Allah SWT. Walau bagaimanapun, artikel ini cuba mengetengahkan elemen konsep fana’ yang ditonjolkan oleh Badiuzzaman Said Nursi, iaitu salah seorang tokoh sufi dan negarawan abad ke-20M dalam mencapai kesempurnaan hidup bertamadun. Metode analisis kandungan dilakukan bagi memperolehi data yang diperlukan untuk dianalisis. Kajian mendapati istilah fana’ yang difahami oleh Badiuzzaman Said Nursi banyak dicorak oleh pemikiran kesufian Sheikh Ahmad Sirhindi dan Sheikh Abdul al-Qadir al-Jilani. Konsep fana’ menurut al-Nursi bukan hanya tertumpu kepada Allah SWT malah lebih bersifat komprehensif. Beliau juga dilihat memahami bahawa konsep fana’ berdasarkan pandangan tokoh kajian adalah releven untuk disamakan dengan konsep wahdah al-wujud yang difahami oleh tokoh-tokoh sufi muktabar, iaitu wujud Allah Yang Esa dan bukan suatu penyatuan dalam diri manusia. Kajian menyimpulkan bahawa istilah wahdah al-wujud yang digunapakai oleh tokoh sufi muktabar adalah sebenarnya merujuk kepada makna wahdah al-shuhud, bukannya merujuk kepada makna hulul dan ittihad yang telah difahami oleh golongan ajaran sesat dan menyeleweng yang menyifatkan Allah SWT sebagai sama dan bersatu dengan makhluk.

Kata Kunci: Fana’, Tamadun, Badiuzzaman Said Nursi, Wahdah  al-Wujud, Wahdah al-shuhud.




Pendahuluan

Amalan fana’ merupakan salah satu cabang amalan yang diamalkan oleh pengamal tarekat dalam disiplin ilmu tasawuf. Amalan tersebut bukan sesuatu yang asing berdasarkan kaca mata dalam kalangan tokoh sufi  kerana fana’ dianggap sebagai satu jalan untuk mencapai ma’rifat Allah dan amalan tersebut diiringi dengan baqa’ billah. Meneliti kajian literatur, kebanyakannya menumpukan kajian terhadap konsep dalam amalan fana’ , pandangan tokoh sufi muktabar terhadap konsep tersebut  di samping mengetengahkan pembahagiannya dalam amalan fana’ .
           Meneliti pelbagai definisi fana’ dalam disiplin ilmu tasawuf yang dikemukakan dalam karya-karya tokoh sufi, fana’ boleh dirumuskan sebagai suatu tumpuan ingatan dan perasaan yang hanya tertumpu kepada Allah SWT tanpa memberi tumpuan kepada keadaan sekeliling hingga tidak sedar dengan apa yang berlaku. Menurut Othman berdasarkan pandangan Ibn Khaldun bahawa dari sudut aplikasi, fana’ hanya dapat difahami dengan tepat dan dirasa selok-beloknya apabila seseorang pengamal tarekat itu melalui setiap perjalanan kerohanian yang terdapat dalam tarekat.
           Artikel ini bertujuan mengkaji pandangan seorang tokoh sufi dan negarawan iaitu Badiuzzaman Said Nursi berkaitan dengan aplikasi konsep fana’ dalam kesempurnaan hidup bertamadun pada abad ke-20. Beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang amat mementingkan agama dalam kehidupan sehingga mampu menjadikan beliau seorang yang berpengaruh dalam bidang agama di samping menjadi pencetus kehidupan bertamadun pada zamannya. Ketokohan beliau dalam kedua-dua bidang tersebut menjadi contoh kepada masyarakat Turki sehingga ke hari ini khususnya dan umat Islam seluruhnya. Bagi mencapai obkektif kajian, metode analisis kandungan dilaksanakan dengan meneliti karya-karya al-Nursi terutamanya Risalah al-Nur. Oleh sebab itu, kenyataan tentang latar belakang pemikiran tasawuf tokoh secara ringkas diperlukan dalam pendahuluan untuk artikel ini.
           Badiuzzaman Said Nursi ialah Said bin Mirza dan Nuriyah.  Kedua ibubapa beliau berasal dari salasilah keturunan ahli al-bayt yang mana Mirza berasal dari keturunan Hasan bin Ali r.a. dan ibunya dari keturunan Husain bin Ali r.a.. Al-Nursi merupakan seorang tokoh tasawuf dan negarawan telah dilahirkan pada tanggal 1877 di sebuah kampung bernama “Nurs” yang terletak di timur Anatolia. Beliau telah meninggal dunia pada waktu pagi 23 Mac 1960M dan beliau membesar dalam suasana kesufian kerana ayahnya merupakan seorang sufi. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh adik beradik iaitu Durriyah, Hanim, Abdullah, Said (Nursi), Muhammad, Abdul al-Majid dan Marjan . Kecerdikan beliau terserlah apabila mampu mengalahkan beberapa orang ulama terkenal dalam majlis perbahasan pada usia 16 tahun. Oleh sebab itu, beliau diberi gelaran Badiuzzaman (kekagungan zaman). Beliau seorang yang berpandangan jauh dan mampu mengenal pasti isu-isu kerosakan dan penyelewengan yang berlaku dalam tamadun manusia pada ketika itu antaranya ialah kejahilan dalam mengenal Allah SWT, Nabi s.a.w., tidak menghiraukan agama, kemiskinan dan perpecahan. Kerana itu, beliau cuba meniup semangat keilmuan dalam masyarakatnya di samping memberi perhatian terhadap agama, ekonomi dan menekankan kepentingan persatuan dan kesatuan .


Fana’ Menurut Pemikiran Badiuzzaman Said Nursi

Menurut al-Nursi seseorang tidak akan memahami konsep tasawuf sehingga dia mengikuti setiap disiplin ilmu tersebut, memberi seluruh tumpuan hanya kepada ma’rifah Allah serta  membebaskan diri dari belenggu dunia.  Tasawuf menurut al-Nursi berbeza dengan ahli sufi pada hari ini. Pada pandangan beliau, tasawuf bukanlah matlamat akhir perjalanan kesufian malah tasawuf sebagai jalan untuk mempraktikkan al-Quran dan memahami kandungannya.
           Menurut Imam Muhammad Abduh iaitu salah seorang murid al-Afghani, tasawuf juga termasuklah memperkecilkan pandangan terhadap kebesaran dunia supaya mampu memandang rendah terhadapnya sebagaimana al-Nursi disifatkan oleh beliau sebagai seorang yang zuhud dan melihat kehidupan dunia dalam keadaan susah dan senang adalah sama kerana dalam apa keadaan sekali pun, matlamatnya adalah sama iaitu menyuntik nilai Islam, bersatu padu dan semangat keilmuan dalam masyarakat dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan dan al-Quran sebagai panduan  hidup .
           Metode tasawuf al-Nursi juga berbeza dengan kebanyakan ahli sufi pada zamannya kerana mereka tidak memanfaatkan penggunaan akal dengan semaksimum mungkin sebagaimana nasihat mereka kepada para murid: “berdirilah kamu di antara kaki sheikh seumpama kedudukan jenazah di antara orang yang memandikannya” .
           Konsep fana’ dalam disiplin ilmu tasawuf menurut al-Nursi ialah hilang kesedaran ingatan terhadap keadaan sekeliling. Konsep  fana’ pada pandangan beliau bukan hanya tertumpu pada Allah SWT tetapi secara komprehensif sebagaimana dinukilkan oleh Jamal al-Din al-Afghani (tokoh sufi abad ke-19) : “fana’ pada ciptaan Allah SWT ialah dengan mempelajari, meneliti jalan-jalan kebahagiaan dan kesejahteraan”. 
          

Perkaitan Antara Fana’, Wahdah al-Wujud dan Wahdah al-Shuhud  

Menurut Ibn Arabi (tokoh sufi abad ke-12), dalam keadaan fana’, perbuatan sufi adalah perbuatan Allah SWT dan digambarkan seperti cermin.  Contohnya di dalam al-Quran Allah SWT menciptakan burung dari tanah liat melaui Isa a.s .
           Sheikh Abd al-Ghani al-Nablusi (1731M) (Abdul Majid 2011: 9) dan Awhaduddin al-Balyani (tokoh sufi abad ke-17) menjelaskan bahawa konsep wahdah al-wujud  bermaksud tidak ada yang wujud selain dari Allah SWT. Walaupun makhluk wujud, namun kewujudannya ialah melalui wujudnya Allah SWT.
           Manakala konsep wahdah al-shuhud menurut Sheikh Ahmad Sirhindi ialah pengalaman kesatuan antara Allah SWT Yang Esa dengan makhluk adalah berbentuk subjektif dan hanya dapat dirasai oleh sufi yang telah mencapai fana’ fi Allah. Konsep ini dapat dicapai dengan keyakinan tinggi iaitu ‘ain al-yaqin yang boleh difahami dengan keyakinan seseorang bahawa adanya bintang ketika adanya matahari pada waktu siang.
           Di samping itu, Al-Nablusi menegaskan bahawa wujud Allah SWT ialah wujud Yang Esa yang tidak boleh dibahagi-bahagi dan ditukar ganti, zat Allah SWT adalah mutlak, bebas dari kualiti, kuantiti, arah, tempat dan masa. Ini bertentangan dengan konsep hulul (Allah menjelma dalam jisim sesuatu makluk) dan ittihad (Allah bersatu dengan makhluk).
           Berdasarkan pandangan Ibn Arabi dan Sheikh Ahmad Sirhindi, al-Nursi berpandapat wujud alam semesta memang tidak dapat dinafikan kerana alam ini sebagai instrumen untuk mengingati Allah SWT. Dapat difahami bahawa ketiga-tiga konsep ini mempunyai perkaitan yang kukuh walaupun secara literalnya kelihatan berbeza.


Pengaruh Tokoh Dalam Pemikiran Sufi Badiuzzaman Said Nursi

Pada Jun 1918, al-Nursi kembali semula ke Istambul kerana pada masa itu, timbul pelbagai masalah dalam masyarakat Islam di sana. Setelah beberapa tahun berlalu iaitu pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniah  mengalami kejatuhan dan memberi kesan yang mendalam kepada diri beliau dan menjadi permulaan kemunduran kepada masyarakat Islam Turki.
            Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk mengembalikan kekuatan dan kehebatan masyarakat serta mengembalikan ketamadunan Islam sebagaimana beberapa tahun sebelumnya . Pendekatan yang digunakan ialah dengan menjadikan tiga ayat terakhir dari Surah al-Fatihah sebagai panduan dalam mencapai matlamat dan menukilkannya untuk disampaikan kepada masyarakat. Al-Nursi yang menguasai ilmu tafsir menghuraikan kandungan ayat tersebut dan menukilkannya dalam Rasail al-Nur.
            Dalam penulisannya, aliran pemikiran spiritual al-Nursi banyak dipengaruhi oleh Sheikh Abd al-Qadir al-Jilani (tokoh sufi abad ke-12) dan Sheikh Ahmad Sirhindi (Imam Rabbani, abad ke-17) serta beberapa tokoh sufi yang lain, iaitu sebagai sumber penyelesaian masalah kerohanian beliau. Akhirnya, setelah meneliti doktrin tokoh-tokoh tersebut, beliau mula sedar tentang kepentingan  al-Quran sebagai panduan utama dalam kesempurnaan hidup.
           Walaupun al-Nursi terpengaruh dengan dua tokoh sufi besar tersebut, namun beliau dilihat lebih cenderung terhadap doktrin tarekat Naqshabandiyyah yang dipelopori oleh Sheikh Ahmad Sirhindi yang merupakan tokoh sufi abad ke-18 dan 19 yang berasal dari India. Ini kerana dalam penulisan Risalah al-Nur, beliau banyak menyandarkan pandangan terhadap doktrin kesufian Sheikh Ahmad Sirhindi. Selain itu, al-Nursi lebih cenderung merujuk pandangan Sheikh Ahmad Sirhindi apabila  timbul permasalah yang berbangkit. Beliau menganggap Sheikh Ahmad Sirhindi sebagai pejuang dan matahari dalam tarekat Naqshabandiyyah.


Kesempurnaan Hidup Bertamadun Yang Dianjurkan Islam

Tamadun dalam Islam bermaksud pencapaian manusia dari sudut kerohanian, kebendaan, senibina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan, undang-undang dan politik yang bersumberkan akidah yang betul, syariat dan akhlak yang teraskan al-Quran dan al-Sunnah Nabi s.a.w.
           Kesempurnaan tamadun yang digariskan dalam Islam mestilah menepati ciri-ciri berikut. Antaranya ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT, al-Quran sebagai sumber pensyaratan, kesederhanaan dan keseimbangan terhadap rohani dan jasmani dalam hidup, menyeluruh; tidak terikat dengan bangsa dan zaman, ideal dan realistik, tetap pada matlamat serta anjal pada pelaksanaannya. 
           Selain itu, untuk membina sebuah tamadun yang teguh, Islam menekankan empat elemen penting secara bersepadu untuk mengelak kepincangan dalam masyarakat iaitu pembangunan jasmani dengan menjaga penampilan dan kesihatan tubuh badan, pembangunan emosi yang seimbang dan stabil berdasarkan keperluan masa dan keadaan,  pembangunan rohani yang merangkumi hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia dan pembangunan intelek iaitu individu yang cerdik, cergas  dan akal yang waras agar dapat melahirkan sifat berwawasan, dedikasi, inovatif, proaktif dan sebagainya yang amat diperlukan dalam kemajuan sesebuah tamadun.  Keempat-empat elemen tersebut adalah terjemahan dari sifat Nabi s.a.w dalam membentuk sebuah negara yang bertamadun.


Elemen Fana’ Dalam Hidup Bertamadun

Selain terkenal dengan bidang agama khususnya tasawuf, al-Nursi juga seorang tokoh yang terkenal dengan aliran pemikiran Islam kontemporari. Contonya tentang isu “keyakinan yang benar” yang menggabungkan syariat Islam, ilmu moden yang saintifik dan mengemukakan hujah-hujah yang tepat mampu menyangkal falsafah materialistik yang hanya menghancurkan tamadun sesebuah bangsa.
           Tujuannya ialah untuk memperbaharui gaya pemikiran dan keimanan masyarakatnya pada masa itu. sebagaimana kata al-Nursi:
“Sesungguhnya penyelesaian paling mudah untuk menjaga tabiat baik yang menjadi
 fitrah manusia daripada kerosakan ialah mendidik mereka dengan didikan 
Islam yang komprehensif”.
            Berdasarkan pandangan Sheikh Abdul Qadir dan Sheikh Ahmad Sirhindi, al-Nursi menukilkan dalam Rasail al-Nur untuk mencapai kesempurnaan tamadun dalam sesebuah masyarakat ialah dengan mengukuhkan kepercayaan terhadap akidah dan berpegang teguh dengan rukun-rukun Islam dengan menjadikan al-Quran sumber rujukan asas.
            Hal ini menunjukkan bahawa, al-Nursi menerap nilai fana’ yang terkandung dalam disiplin ilmu tasawuf untuk mencapai kesempurnaan hidup bertamadun sebagaimana yang digariskan dalam Islam dengan menggunakan pendekatan kerohaian iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT, menjadikan al-Quran sebagai panduan, memupuk perpaduan di samping menyeimbangkan rohani dan jasmani dalam kehidupan.


Kesimpulan

Fana’ menurut Badiuzzaman Said Nursi ialah tumpuan ingatan yang menyeluruh bukan hanya tertumpu kepada Allah SWT malah lebih dari itu. Manakala konsep fana’, wahdah al-wujud dan wadah al-shuhud berdasarkan pandangan-pandangan tokoh sufi muktabar secara umumnya memberi maksud yang sama iaitu penyaksian terhadap kewujudan keesaan Allah SWT. Al-Nursi banyak terpengaruh dengan aliran pemikiran Sheikh Ahmad Sirhindi dan Abd al-Qadir al-Jilani namun di antara keduanya, beliau lebih cenderung terhadap Sheikh Ahmad Sirhindi. Konsep kesempurnaan tamadun menurut Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT, al-Quran sebagai panduan, kesederhanaan dan keseimbangan terhadap rohani dan jasmani dalam hidup dan sebagainya. Oleh itu, al-Nursi menjadikan elemen fana’ sebahagian daripada nilai kerohanian dalam pembentukan kesempurnaan hidup bertamadun.





Thursday 12 November 2015

Perlu ke Selalu Balik Jenguk Mak Ayah di Kampung????


Bismi Allahi al-Rahmani al-Rahiim..

Perlu ke?? Of course la perlu..Nape?? Bile time call mak ayah kata sunyi rumah, xde orang dekat rumah...paham-paham la, mak ayah kata gitu sebab nak bagitaw xde orang dekat rumah, balik la...mak ayah selalu macam tu, xnak terlalu mendesak dan menyusahkan anak-anak, harap kita anak-anak ni faham.

Al-maklum, anak-anak sibuk memanjang, kalah menteri-menteri, 24 jam ade je nak buat..kesian mak ayah tunggu anak-anak balik jenguk. Cuba bayang dan selami hati mak ayah. Contohnya one day, bila kita dah tua dan anak-anak yang selalu ade dengan kita waktu kecil bila dah besar jauh dari kita. Mesti kita selalu teringat-ingat anak-anak nie.

Tak timbul isu homesick or what so ever bila seseorang anak tu selalu balik rumah. Jangan ingat dia saje-saje je nak balik. Kita mungkin tak taw, dia ada rasa "tanggungjawab" kepada mak ayah, sahut seruan untuk berbakti kepada mak ayah  dan sebagainya.

Ingat!! Jangan condem kalau ada kenalan kita yang selalu balik kampung jenguk mak ayah dia. Sepatutnya kita pun kena contohi sebab kita tak taw sampai bila kita ada peluang untuk jumpa mak ayah dekat dunia nie...

#mogaAllahpangjangkanumurmaknayah#
Bukan nak bebel..tapi sebagai ingatan untuk kita semua dan khas untuk diri sendiri jugak.. :D

Saturday 12 September 2015

biodata ringkas badiuzzaman Said Nursi...

Badiuzzaman Said Nursi ialah Said bin Mirza dan Nuriyah.  Kedua ibubapa beliau berasal dari salasilah keturunan ahli al-bayt yang mana Mirza berasal dari keturunan Hasan bin Ali r.a. dan ibunya dari keturunan Husain bin Ali r.a.. Al-Nursi merupakan seorang tokoh tasawuf dan negarawan telah dilahirkan pada tanggal 1877 di sebuah kampung bernama “Nurs” yang terletak di timur Anatolia. Beliau telah meninggal dunia pada waktu pagi 23 Mac 1960M dan beliau membesar dalam suasana kesufian kerana ayahnya merupakan seorang sufi. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh adik beradik iaitu Durriyah, Hanim, Abdullah, Said (Nursi), Muhammad, Abdul al-Majid dan Marjan. Kecerdikan beliau terserlah apabila mampu mengalahkan beberapa orang ulama terkenal dalam majlis perbahasan pada usia 16 tahun. Oleh sebab itu, beliau diberi gelaran Badiuzzaman (kekagungan zaman). Beliau seorang yang berpandangan jauh dan mampu mengenal pasti isu-isu kerosakan dan penyelewengan yang berlaku dalam tamadun manusia pada ketika itu antaranya ialah kejahilan dalam mengenal Allah SWT, Nabi s.a.w., tidak menghiraukan agama, kemiskinan dan perpecahan. Kerana itu, beliau cuba meniup semangat keilmuan dalam masyarakatnya di samping memberi perhatian terhadap agama, ekonomi dan menekankan kepentingan persatuan dan kesatuan .


Saturday 1 August 2015

Salam Sabtu penuh kebahagiaan...



16 Syawal 1436H...separuh kedua bulan Syawal...cepat sungguh masa berlalu. Dah puasa enam syawal?? Masih ada waktu lagi nak puasa nie.... :D

Namun, disebalik ada mood raya dan open house nie..jangan lupa pada Allah S.W.T dalam setiap tingkah kita. Contohnya, jaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita), jaga waktu solat, jaga akhlak, cara kita dress up dan sebagainya. Jangan ingat dah habis Ramadan, kita boleh buat sesuka hati. Maksud sabda Nabi s.a.w: "Kalau lakukan kerana Ramadan, Ramadan akan pergi, lakukan kerana Allah, kerana Allah kekal abadi."

1-jaga ikhtilat: jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan bermaksud jaga batasan dalam tindakan semasa
ziarah-menziarahi. Kalau ada girls or boys, jangan memandai nak kaluar tanpa ada muhrim, begitu juga dengan ipar duai, sepupu sepapat dan sebagainya...ingat Allah sentiasa melihat..

2-jaga waktu solat: sentiasa cuba awalkan waktu solat walau apa pun keadaannya. Bila tengah buat sesuatu dan dengar azan... pegi la solat dulu..

3-akhlak: terutama masa bertandang rumah orang, jaga sikit tingkah laku. Jangan memerhati keadaan dalam rumah; tunduk pandangan mata tu..kalau boleh duduk di kerusi yang menghadap ke pintu utama atau dinding rumah.

4-dress up: jaga penampilan bila keluar rumah. Bukan hanya untuk kelihatan kemas tapi mesti mengiku kod-kod pemakaian menurut syarak; tidak ketat, tidak jarang dan menampakkan bentuk tubuh serta tidak keterlaluan dalam berhias.

Ini semua perkara yang perlu diambil berat bukan sahaja pada waktu perayaan sebegini, malah dalam semua keadaan bila kita bermuamalat dengan orang ramai.

p/s: untuk kita semua, bukan untuk orang-orang tertentu sahaja. Tegurlah andai tersilap, jangan sombong. Tidak semestinya orang jahil tidak boleh menegur orang alim dan orang alim tidak boleh mengambil manfaat dari orang yang jahil . Sama-sama kita ganding bahu untuk mencari reda Allah S.W.T.
Maaf jika ada salah silap....Salam:D

Wednesday 24 June 2015

Salam Ramadhan: Ramadhan Kareem...8 Ramadhan 1436H

Belum terlewat rasanya untuk ucap Selamat Hari Bapa kepada para bapa di seluruh dunia, terutama pada ayah yang banyak susah payah untuk membesarkan anaknya ini.

Bila jauh dengan mak, ayah n adik beradik camnie (Ramadhan time) walau seketika, menggamit ingatan pada kisah zaman dahulu kala...

Kalau dulu-dulu time mula-mula blaja puasa ayah selalu bawak jalan-jalan waktu petang nak tunggu buka, kalau cuti, ayah bawak jalan-jalan ronda kampung...masih ingat lagi, time mula-mula puasa penuh, ayah bagi hadiah rantai, time tu baru umur 8 tahun...

Bila dah tua nie n dikenang balik, ayah memang seorang yang begitu committed bagi semangat dekat anak-anaknya, didik kami semua dengan ilmu agama, cuba penuhi impian kami adik-beradik, gigih cari rezki, tak bagi kami pinjam PTPTN coz kesian dekat kami tanggung beban hutang...for me, he like a sun...who gives me a shining n hopeness...always remaind in my mind n heart...Love U So Much Ayah...

Doa saya khas buat mak n ayah:

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...

Ya Allah...
Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku,
dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku di waktu kecilku...

Ya Allah...
Mantapkanlah akidah, keimanan dan pegangan mereka pada taliMu...
sebagaimana  kuatnya akidah dan keimanan para sahabat terhadap NabiMu

Ya Allah....
Panjangkanlahumur keduanya...
dan kurniakanlah kesihatan yang baik pada keduanya...
kerana aku tidak sanggup melihat mereka sakit...
sebagaimana mereka tidak sanggup melihat aku sakit...

Ya Allah....
Bahagialah hidup keduanya,
murahkanlah rezki pada keduanya
dan lindungi serta jauhilah mereka dari sesuatu yang tidak baik...
sebagaimana mereka cuba melindungiku dari kepayahan dan kesukaran dalam hidup ini...

Ya Allah...
dengan rahmat dan kasih sayangMu...
Maka kabulkanlah doa hambaMu yang hina ini...
La Ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu mina zolimin...
wasallallahu a'la sayyidina Muhammad, wa a'la alihi wasahbihi wasallam....
Ameen, Ya Rabbal a'lamin....

Love both of U mak n ayah..



Thursday 4 June 2015

Kita Rancang, Allah Rancang, tapi Siapa Yang Terbaek???

Salam Syaaban semua... :D

Berdasarkan surah Ali-Imran ayat 54, Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Kamu merancang dan Allah merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT"

Ape yea mesej yang cuba disampaikan dalam ayat nie...
1- Kita jangan anggap kita mampu laksanakan perancangan diatur
2- Meletakkan sepenuh pengharapan dan tawakal kepada Allah SWT selepas berusaha
3- Meyakini bahawa semua ape yang terlaksana adalah dengan izin Allah SWT

Bile kita merenung ape yang telah berlaku dalam kehidupan, kita akan dapati ade perancangan kita berlaku lebih awal dari masa yang djangkakan terkadang terlewat dan terkadang tidak berlaku sama sekali sedangkan kita telah 'plan' dengan sebaik mungkin...contoh mudah 'plan' nak kawen akhir tahun lepas selepas final sem, tup tup x jadi sebab tak jumpa calon yang sesuai. Jadi, kita nak salahkan siapa mak ayah, diri sendiri ataupun Allah SWT??? Cuba fikir...

Andai kita seorang yang waras dan percaya pada ketentuan qada' dan qadar pasti kita akan kate "apa yang berlaku adalah yang terbaek buatku kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi. Boleh jadi ia dilambatkan kerana kite tak mampu nak bagi komitment ataupun ade sebab-sebab lain yang kite terlepas pandang".

The most important is always positive and don't disapointed with Allah SWT...may Allah bless us..
Salam penuh kesyukuran...

Thursday 14 May 2015

Allah Is Great... (Part 1)

Bismillah...

Segala puji bagi Dia yang Maha Menciptakan <3

Firman Allah di dalam At-Tiin, ayat 3 yang bermaksud:
"Sesungguhnya diciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian"
Andai diperhati dan diteliti maksud ayat di atas serta direlatekan proses kejadian manusia di dalam rahim ibu, pasti tidak terjangkau diakal betapa agungNya Dia. Sebelum penemuan sains, 1400 tahun lebih yang lalu, Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran tentang peringkat-peringkat tumbesaran janin bermula dari segumpal darah lalu menjadi segumpal daging kemudian daging tersebut membaluti tulang-belulang.

Andai difikir dengan akal, tiada siapa mampu membayangkan keadaan janin di dalam alam roh sebelum berpindah ke alam rahim. Bolehkah kita mengetahui 'hakikat' yang telah kita lalui itu...??? Andai ditanya pada seluruh penduduk dunia, pasti tiada seorang pun yang mampu untuk memberi tahu hakikat tersebut kecuali berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Setelah lahirnya kedunia, keadaan manusia sempurna dari sudut anggota tubuh-badannya yang mana ia mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Andai dilihat hanya pada mata yang terdiri dari retina, kornea , air mata dan sebagainya mampukah kita untuk menghasilkannya? Walaupun ada air mata palsu di pasaran, adakah sama dengan yang asal? Sudah tentu tidak....

Tengok pada rambut, lahir dari ibu dan bapa yang sama tapi ketinggian, warna kulit dan rambut misalnya ada yang berbeza...fikir-fikirkan :D
                                         Sekadar Hiasan...
p/s : renungan bersama