Saturday 12 September 2015

biodata ringkas badiuzzaman Said Nursi...

Badiuzzaman Said Nursi ialah Said bin Mirza dan Nuriyah.  Kedua ibubapa beliau berasal dari salasilah keturunan ahli al-bayt yang mana Mirza berasal dari keturunan Hasan bin Ali r.a. dan ibunya dari keturunan Husain bin Ali r.a.. Al-Nursi merupakan seorang tokoh tasawuf dan negarawan telah dilahirkan pada tanggal 1877 di sebuah kampung bernama “Nurs” yang terletak di timur Anatolia. Beliau telah meninggal dunia pada waktu pagi 23 Mac 1960M dan beliau membesar dalam suasana kesufian kerana ayahnya merupakan seorang sufi. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh adik beradik iaitu Durriyah, Hanim, Abdullah, Said (Nursi), Muhammad, Abdul al-Majid dan Marjan. Kecerdikan beliau terserlah apabila mampu mengalahkan beberapa orang ulama terkenal dalam majlis perbahasan pada usia 16 tahun. Oleh sebab itu, beliau diberi gelaran Badiuzzaman (kekagungan zaman). Beliau seorang yang berpandangan jauh dan mampu mengenal pasti isu-isu kerosakan dan penyelewengan yang berlaku dalam tamadun manusia pada ketika itu antaranya ialah kejahilan dalam mengenal Allah SWT, Nabi s.a.w., tidak menghiraukan agama, kemiskinan dan perpecahan. Kerana itu, beliau cuba meniup semangat keilmuan dalam masyarakatnya di samping memberi perhatian terhadap agama, ekonomi dan menekankan kepentingan persatuan dan kesatuan .