Langit Subuh
Hidup pasti ada pengakhiran, itu sunnatullah...Selagi usia bersisa, manfaatkan apa yang ada...
Monday, 5 September 2016
Hero in My Whole World
Hari nie genap 59 tahun umur ayah (hari selepas merdeka). Walau apa dan siapa pun di sekeliling..dia adalah segalanya selain Allah dan Rasul... Di bahunya terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam membesarkan kami tujuh beradik... cuba yang terbaik dalam membesarkan kami.. Wajah yang tenang setenang air di muara sentiasa dipamerkan di depan kami walau seberat mana pun ujian yang menimpa...
Sukar untuk diucap dan dibilang atas pengorbanan dan jasa yang dicurahkan...sedari kecil hingga dewasa...terlalu banyak.... tiada apa-apa yang mampu dibalas kecuali sentiasa mendoakan kesejahteraan , kebahagiaan, keampunan, kesihatan, keberkatan di dunia dan akhirat... no man batter than you, ayah.. no one can change you in deep of my heart and I don't know how to explain about you cause you're so perfect to me...
finally.... sanah helwah n may Allah bless ayah now n forever.... I love you, ayah... n you're everything to me...
Sunday, 22 November 2015
FANA’ MENURUT WACANA BADIUZZAMAN SAID NURSI DALAM MENCAPAI KESEMPURNAAN HIDUP TAMADUN MANUSIA.
Nur Syazana binti Adam1
Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar2
1Calon
sarjana Usuluddin, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu,
2Ph.D,
Profesor Madya, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan
Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu,-
Pengarang Penghubung
ABSTRAK
Fana’ didefinisikan sebagai suatu kesedaran yang tinggi dan ingatan yang
kuat yang tertumpu hanya kepada Allah SWT hingga ingatan kepada yang lain
menjadi tumpul seolah-olah tiada dalam ingatan. Manakala konsep tamadun yang
digalakkan dalam Islam ialah memakmurkan bumi secara komprehensif yang
merangkumi tanggungjawab membangunkan masyarakat, memperkuatkan ummah secara menyeluruh dan menegakkaan
keadilan hukum Allah SWT. Walau bagaimanapun, artikel ini cuba mengetengahkan elemen
konsep fana’ yang ditonjolkan oleh Badiuzzaman Said Nursi, iaitu salah
seorang tokoh sufi dan negarawan abad ke-20M dalam mencapai kesempurnaan hidup bertamadun.
Metode analisis kandungan dilakukan bagi memperolehi data yang diperlukan untuk
dianalisis. Kajian mendapati istilah fana’ yang difahami oleh Badiuzzaman
Said Nursi banyak dicorak oleh pemikiran kesufian Sheikh Ahmad Sirhindi dan
Sheikh Abdul al-Qadir al-Jilani. Konsep fana’ menurut al-Nursi bukan
hanya tertumpu kepada Allah SWT malah lebih bersifat komprehensif. Beliau juga
dilihat memahami bahawa konsep fana’ berdasarkan pandangan tokoh kajian
adalah releven untuk disamakan dengan konsep wahdah al-wujud yang
difahami oleh tokoh-tokoh sufi muktabar, iaitu wujud Allah Yang Esa dan bukan
suatu penyatuan dalam diri manusia. Kajian menyimpulkan bahawa istilah wahdah
al-wujud yang digunapakai oleh tokoh sufi muktabar adalah sebenarnya
merujuk kepada makna wahdah al-shuhud, bukannya merujuk kepada makna
hulul dan ittihad yang telah difahami oleh golongan ajaran sesat dan
menyeleweng yang menyifatkan Allah SWT sebagai sama dan bersatu dengan makhluk.
Kata Kunci: Fana’, Tamadun, Badiuzzaman
Said Nursi, Wahdah al-Wujud, Wahdah
al-shuhud.
Pendahuluan
Amalan fana’ merupakan salah
satu cabang amalan yang diamalkan oleh pengamal tarekat dalam disiplin ilmu
tasawuf. Amalan tersebut bukan sesuatu yang asing berdasarkan kaca mata dalam
kalangan tokoh sufi kerana fana’
dianggap sebagai satu jalan untuk mencapai ma’rifat Allah dan amalan
tersebut diiringi dengan baqa’ billah. Meneliti kajian literatur,
kebanyakannya menumpukan kajian terhadap konsep dalam amalan fana’ , pandangan tokoh sufi muktabar
terhadap konsep tersebut di samping mengetengahkan pembahagiannya dalam amalan
fana’ .
Meneliti
pelbagai definisi fana’ dalam disiplin ilmu tasawuf yang dikemukakan
dalam karya-karya tokoh sufi, fana’
boleh dirumuskan sebagai suatu tumpuan ingatan dan perasaan yang hanya tertumpu
kepada Allah SWT tanpa memberi tumpuan kepada keadaan sekeliling hingga tidak
sedar dengan apa yang berlaku. Menurut Othman berdasarkan pandangan Ibn Khaldun
bahawa dari sudut aplikasi, fana’ hanya dapat difahami dengan tepat dan
dirasa selok-beloknya apabila seseorang pengamal tarekat itu melalui setiap
perjalanan kerohanian yang terdapat dalam tarekat.
Artikel
ini bertujuan mengkaji pandangan seorang tokoh sufi dan negarawan iaitu
Badiuzzaman Said Nursi berkaitan dengan aplikasi konsep fana’ dalam
kesempurnaan hidup bertamadun pada abad ke-20. Beliau dilihat sebagai seorang
tokoh yang amat mementingkan agama dalam kehidupan sehingga mampu menjadikan
beliau seorang yang berpengaruh dalam bidang agama di samping menjadi pencetus
kehidupan bertamadun pada zamannya. Ketokohan beliau dalam kedua-dua bidang
tersebut menjadi contoh kepada masyarakat Turki sehingga ke hari ini khususnya
dan umat Islam seluruhnya. Bagi mencapai obkektif kajian, metode analisis
kandungan dilaksanakan dengan meneliti karya-karya al-Nursi terutamanya Risalah
al-Nur. Oleh sebab itu, kenyataan tentang latar belakang pemikiran tasawuf
tokoh secara ringkas diperlukan dalam pendahuluan untuk artikel ini.
Badiuzzaman
Said Nursi ialah Said bin Mirza dan Nuriyah. Kedua ibubapa
beliau berasal dari salasilah keturunan ahli al-bayt yang mana Mirza
berasal dari keturunan Hasan bin Ali r.a. dan ibunya dari keturunan Husain bin
Ali r.a.. Al-Nursi
merupakan seorang tokoh tasawuf dan negarawan telah dilahirkan pada tanggal 1877
di sebuah kampung bernama “Nurs” yang terletak di timur Anatolia. Beliau telah
meninggal dunia pada waktu pagi 23 Mac 1960M dan beliau membesar dalam suasana
kesufian kerana ayahnya
merupakan seorang sufi. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh adik beradik
iaitu Durriyah, Hanim, Abdullah, Said (Nursi), Muhammad, Abdul al-Majid dan
Marjan . Kecerdikan
beliau terserlah apabila mampu mengalahkan beberapa orang ulama terkenal dalam
majlis perbahasan pada usia 16 tahun. Oleh sebab itu, beliau diberi gelaran
Badiuzzaman (kekagungan zaman). Beliau seorang yang berpandangan jauh dan mampu
mengenal pasti isu-isu kerosakan dan penyelewengan yang berlaku dalam tamadun
manusia pada ketika itu antaranya ialah kejahilan dalam mengenal Allah SWT,
Nabi s.a.w., tidak menghiraukan agama, kemiskinan dan perpecahan. Kerana itu,
beliau cuba meniup semangat keilmuan dalam masyarakatnya di samping memberi
perhatian terhadap agama, ekonomi dan menekankan kepentingan persatuan dan
kesatuan .
Fana’ Menurut Pemikiran Badiuzzaman Said Nursi
Menurut al-Nursi seseorang tidak akan
memahami konsep tasawuf sehingga dia mengikuti setiap disiplin ilmu tersebut,
memberi seluruh tumpuan hanya kepada ma’rifah Allah serta membebaskan diri dari belenggu dunia. Tasawuf menurut al-Nursi
berbeza dengan ahli sufi pada hari ini. Pada pandangan beliau, tasawuf bukanlah
matlamat akhir perjalanan kesufian malah tasawuf sebagai jalan untuk
mempraktikkan al-Quran dan memahami kandungannya.
Menurut Imam Muhammad Abduh iaitu
salah seorang murid al-Afghani, tasawuf juga termasuklah memperkecilkan
pandangan terhadap kebesaran dunia supaya mampu memandang rendah terhadapnya
sebagaimana al-Nursi disifatkan oleh beliau sebagai seorang yang zuhud dan
melihat kehidupan dunia dalam keadaan susah dan senang adalah sama kerana dalam
apa keadaan sekali pun, matlamatnya adalah sama iaitu menyuntik nilai Islam,
bersatu padu dan semangat keilmuan dalam masyarakat dengan menjadikan
Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan dan al-Quran sebagai panduan hidup .
Metode tasawuf al-Nursi juga berbeza
dengan kebanyakan ahli sufi pada zamannya kerana mereka tidak memanfaatkan
penggunaan akal dengan semaksimum mungkin sebagaimana nasihat mereka kepada
para murid: “berdirilah kamu di antara kaki sheikh seumpama kedudukan
jenazah di antara orang yang memandikannya” .
Konsep fana’ dalam disiplin
ilmu tasawuf menurut al-Nursi ialah hilang kesedaran ingatan terhadap keadaan
sekeliling. Konsep fana’ pada
pandangan beliau bukan hanya tertumpu pada Allah SWT tetapi secara komprehensif
sebagaimana dinukilkan oleh Jamal al-Din al-Afghani (tokoh sufi abad ke-19) : “fana’
pada ciptaan Allah SWT ialah dengan mempelajari, meneliti jalan-jalan
kebahagiaan dan kesejahteraan”.
Perkaitan
Antara Fana’, Wahdah al-Wujud dan Wahdah al-Shuhud
Menurut Ibn Arabi (tokoh sufi abad
ke-12), dalam keadaan fana’, perbuatan sufi adalah perbuatan Allah SWT
dan digambarkan seperti cermin.
Contohnya di dalam al-Quran Allah SWT menciptakan burung dari tanah liat
melaui Isa a.s .
Sheikh
Abd al-Ghani al-Nablusi (1731M) (Abdul Majid
2011: 9) dan Awhaduddin al-Balyani (tokoh sufi abad ke-17) menjelaskan
bahawa konsep wahdah al-wujud
bermaksud tidak ada yang wujud selain dari Allah SWT. Walaupun makhluk
wujud, namun kewujudannya ialah melalui wujudnya Allah SWT.
Manakala
konsep wahdah al-shuhud menurut Sheikh Ahmad Sirhindi ialah pengalaman
kesatuan antara Allah SWT Yang Esa dengan makhluk adalah berbentuk subjektif
dan hanya dapat dirasai oleh sufi yang telah mencapai fana’ fi Allah.
Konsep ini dapat dicapai dengan keyakinan tinggi iaitu ‘ain al-yaqin
yang boleh difahami dengan keyakinan seseorang bahawa adanya bintang ketika adanya
matahari pada waktu siang.
Di
samping itu, Al-Nablusi menegaskan bahawa wujud Allah SWT ialah wujud Yang Esa
yang tidak boleh dibahagi-bahagi dan ditukar ganti, zat Allah SWT adalah
mutlak, bebas dari kualiti, kuantiti, arah, tempat dan masa. Ini bertentangan
dengan konsep hulul (Allah menjelma dalam jisim sesuatu makluk) dan ittihad
(Allah bersatu dengan makhluk).
Berdasarkan
pandangan Ibn Arabi dan Sheikh Ahmad Sirhindi, al-Nursi berpandapat wujud alam
semesta memang tidak dapat dinafikan kerana alam ini sebagai instrumen untuk
mengingati Allah SWT. Dapat difahami bahawa ketiga-tiga konsep ini
mempunyai perkaitan yang kukuh walaupun secara literalnya kelihatan berbeza.
Pengaruh
Tokoh Dalam Pemikiran Sufi Badiuzzaman Said Nursi
Pada Jun 1918, al-Nursi kembali
semula ke Istambul kerana pada masa itu, timbul pelbagai masalah dalam
masyarakat Islam di sana. Setelah
beberapa tahun berlalu iaitu pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniah mengalami kejatuhan dan memberi kesan yang
mendalam kepada diri beliau dan menjadi permulaan kemunduran kepada masyarakat
Islam Turki.
Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk
mengembalikan kekuatan dan kehebatan masyarakat serta mengembalikan ketamadunan
Islam sebagaimana beberapa tahun sebelumnya . Pendekatan yang digunakan ialah dengan
menjadikan tiga ayat terakhir dari Surah al-Fatihah sebagai panduan dalam
mencapai matlamat dan menukilkannya untuk disampaikan kepada masyarakat. Al-Nursi yang menguasai ilmu
tafsir menghuraikan kandungan ayat tersebut dan menukilkannya dalam Rasail
al-Nur.
Dalam penulisannya, aliran pemikiran spiritual
al-Nursi banyak dipengaruhi oleh Sheikh Abd al-Qadir al-Jilani (tokoh sufi abad
ke-12) dan Sheikh Ahmad Sirhindi (Imam Rabbani, abad ke-17) serta beberapa
tokoh sufi yang lain, iaitu sebagai sumber penyelesaian masalah kerohanian
beliau. Akhirnya, setelah meneliti doktrin tokoh-tokoh tersebut, beliau mula
sedar tentang kepentingan al-Quran
sebagai panduan utama dalam kesempurnaan hidup.
Walaupun
al-Nursi terpengaruh dengan dua tokoh sufi besar tersebut, namun beliau dilihat
lebih cenderung terhadap doktrin tarekat Naqshabandiyyah yang dipelopori oleh
Sheikh Ahmad Sirhindi yang merupakan tokoh sufi abad ke-18 dan 19 yang berasal
dari India. Ini kerana dalam penulisan Risalah al-Nur,
beliau banyak menyandarkan pandangan terhadap doktrin kesufian Sheikh Ahmad
Sirhindi. Selain itu, al-Nursi lebih cenderung merujuk pandangan Sheikh Ahmad
Sirhindi apabila timbul permasalah yang
berbangkit. Beliau
menganggap Sheikh Ahmad Sirhindi sebagai pejuang dan matahari dalam tarekat
Naqshabandiyyah.
Kesempurnaan
Hidup Bertamadun Yang Dianjurkan Islam
Tamadun dalam Islam bermaksud
pencapaian manusia dari sudut kerohanian, kebendaan, senibina, ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan, undang-undang dan politik yang
bersumberkan akidah yang betul, syariat dan akhlak yang teraskan al-Quran dan
al-Sunnah Nabi s.a.w.
Kesempurnaan
tamadun yang digariskan dalam Islam mestilah menepati ciri-ciri berikut. Antaranya
ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT, al-Quran sebagai sumber pensyaratan,
kesederhanaan dan keseimbangan terhadap rohani dan jasmani dalam hidup,
menyeluruh; tidak terikat dengan bangsa dan zaman, ideal dan realistik, tetap
pada matlamat serta anjal pada pelaksanaannya.
Selain
itu, untuk membina sebuah tamadun yang teguh, Islam menekankan empat elemen
penting secara bersepadu untuk mengelak kepincangan dalam masyarakat iaitu
pembangunan jasmani dengan menjaga penampilan dan kesihatan tubuh badan,
pembangunan emosi yang seimbang dan stabil berdasarkan keperluan masa dan
keadaan, pembangunan rohani yang
merangkumi hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia dan
pembangunan intelek iaitu individu yang cerdik, cergas dan akal yang waras agar dapat melahirkan
sifat berwawasan, dedikasi, inovatif, proaktif dan sebagainya yang amat
diperlukan dalam kemajuan sesebuah tamadun.
Keempat-empat elemen tersebut adalah terjemahan dari sifat Nabi s.a.w
dalam membentuk sebuah negara yang bertamadun.
Elemen Fana’
Dalam Hidup Bertamadun
Selain terkenal dengan bidang agama
khususnya tasawuf, al-Nursi juga seorang tokoh yang terkenal dengan aliran
pemikiran Islam kontemporari. Contonya tentang isu “keyakinan yang benar” yang
menggabungkan syariat Islam, ilmu moden yang saintifik dan mengemukakan
hujah-hujah yang tepat mampu menyangkal falsafah materialistik yang hanya
menghancurkan tamadun sesebuah bangsa.
Tujuannya
ialah untuk memperbaharui gaya pemikiran dan keimanan masyarakatnya pada masa
itu. sebagaimana kata
al-Nursi:
“Sesungguhnya penyelesaian paling
mudah untuk menjaga tabiat baik yang menjadi
fitrah manusia daripada kerosakan
ialah mendidik mereka dengan didikan
Islam yang komprehensif”.
Berdasarkan
pandangan Sheikh Abdul Qadir dan Sheikh Ahmad Sirhindi, al-Nursi menukilkan
dalam Rasail al-Nur untuk mencapai kesempurnaan tamadun dalam sesebuah
masyarakat ialah dengan mengukuhkan kepercayaan terhadap akidah dan berpegang
teguh dengan rukun-rukun Islam dengan menjadikan al-Quran sumber rujukan asas.
Hal ini
menunjukkan bahawa, al-Nursi menerap nilai fana’ yang terkandung dalam
disiplin ilmu tasawuf untuk mencapai kesempurnaan hidup bertamadun sebagaimana yang
digariskan dalam Islam dengan menggunakan pendekatan kerohaian iaitu
mengabdikan diri kepada Allah SWT, menjadikan al-Quran sebagai panduan, memupuk
perpaduan di samping menyeimbangkan rohani dan jasmani dalam kehidupan.
Kesimpulan
Fana’ menurut Badiuzzaman Said Nursi ialah tumpuan
ingatan yang menyeluruh bukan hanya tertumpu kepada Allah SWT malah lebih dari
itu. Manakala konsep fana’, wahdah al-wujud dan wadah al-shuhud
berdasarkan pandangan-pandangan tokoh sufi muktabar secara umumnya memberi
maksud yang sama iaitu penyaksian terhadap kewujudan keesaan Allah SWT.
Al-Nursi banyak terpengaruh dengan aliran pemikiran Sheikh Ahmad Sirhindi dan
Abd al-Qadir al-Jilani namun di antara keduanya, beliau lebih cenderung
terhadap Sheikh Ahmad Sirhindi. Konsep kesempurnaan tamadun menurut Islam ialah
mengabdikan diri kepada Allah SWT, al-Quran sebagai panduan,
kesederhanaan dan keseimbangan terhadap rohani dan jasmani dalam hidup dan
sebagainya. Oleh itu, al-Nursi menjadikan elemen fana’ sebahagian
daripada nilai kerohanian dalam pembentukan kesempurnaan hidup bertamadun.
Thursday, 12 November 2015
Perlu ke Selalu Balik Jenguk Mak Ayah di Kampung????
Bismi Allahi al-Rahmani al-Rahiim..
Perlu ke?? Of course la perlu..Nape?? Bile time call mak ayah kata sunyi rumah, xde orang dekat rumah...paham-paham la, mak ayah kata gitu sebab nak bagitaw xde orang dekat rumah, balik la...mak ayah selalu macam tu, xnak terlalu mendesak dan menyusahkan anak-anak, harap kita anak-anak ni faham.
Al-maklum, anak-anak sibuk memanjang, kalah menteri-menteri, 24 jam ade je nak buat..kesian mak ayah tunggu anak-anak balik jenguk. Cuba bayang dan selami hati mak ayah. Contohnya one day, bila kita dah tua dan anak-anak yang selalu ade dengan kita waktu kecil bila dah besar jauh dari kita. Mesti kita selalu teringat-ingat anak-anak nie.
Tak timbul isu homesick or what so ever bila seseorang anak tu selalu balik rumah. Jangan ingat dia saje-saje je nak balik. Kita mungkin tak taw, dia ada rasa "tanggungjawab" kepada mak ayah, sahut seruan untuk berbakti kepada mak ayah dan sebagainya.
Ingat!! Jangan condem kalau ada kenalan kita yang selalu balik kampung jenguk mak ayah dia. Sepatutnya kita pun kena contohi sebab kita tak taw sampai bila kita ada peluang untuk jumpa mak ayah dekat dunia nie...
#mogaAllahpangjangkanumurmaknayah#
Bukan nak bebel..tapi sebagai ingatan untuk kita semua dan khas untuk diri sendiri jugak.. :D
Saturday, 12 September 2015
biodata ringkas badiuzzaman Said Nursi...
Badiuzzaman Said Nursi ialah Said
bin Mirza dan
Nuriyah. Kedua ibubapa beliau berasal
dari salasilah keturunan ahli al-bayt yang mana Mirza berasal dari
keturunan Hasan bin Ali r.a. dan ibunya dari keturunan Husain bin Ali r.a.. Al-Nursi merupakan seorang
tokoh tasawuf dan negarawan telah dilahirkan pada tanggal 1877 di sebuah
kampung bernama “Nurs” yang terletak di timur Anatolia. Beliau telah meninggal
dunia pada waktu pagi 23 Mac 1960M dan beliau membesar dalam suasana kesufian kerana ayahnya merupakan seorang
sufi. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh adik beradik iaitu Durriyah,
Hanim, Abdullah, Said (Nursi), Muhammad, Abdul al-Majid dan Marjan. Kecerdikan beliau
terserlah apabila mampu mengalahkan beberapa orang ulama terkenal dalam majlis
perbahasan pada usia 16 tahun. Oleh sebab itu, beliau diberi gelaran
Badiuzzaman (kekagungan zaman). Beliau seorang yang berpandangan jauh dan mampu
mengenal pasti isu-isu kerosakan dan penyelewengan yang berlaku dalam tamadun
manusia pada ketika itu antaranya ialah kejahilan dalam mengenal Allah SWT,
Nabi s.a.w., tidak menghiraukan agama, kemiskinan dan perpecahan. Kerana itu,
beliau cuba meniup semangat keilmuan dalam masyarakatnya di samping memberi
perhatian terhadap agama, ekonomi dan menekankan kepentingan persatuan dan
kesatuan .
Saturday, 1 August 2015
Salam Sabtu penuh kebahagiaan...
16 Syawal 1436H...separuh kedua bulan Syawal...cepat sungguh masa berlalu. Dah puasa enam syawal?? Masih ada waktu lagi nak puasa nie.... :D
Namun, disebalik ada mood raya dan open house nie..jangan lupa pada Allah S.W.T dalam setiap tingkah kita. Contohnya, jaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita), jaga waktu solat, jaga akhlak, cara kita dress up dan sebagainya. Jangan ingat dah habis Ramadan, kita boleh buat sesuka hati. Maksud sabda Nabi s.a.w: "Kalau lakukan kerana Ramadan, Ramadan akan pergi, lakukan kerana Allah, kerana Allah kekal abadi."
1-jaga ikhtilat: jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan bermaksud jaga batasan dalam tindakan semasa
ziarah-menziarahi. Kalau ada girls or boys, jangan memandai nak kaluar tanpa ada muhrim, begitu juga dengan ipar duai, sepupu sepapat dan sebagainya...ingat Allah sentiasa melihat..
2-jaga waktu solat: sentiasa cuba awalkan waktu solat walau apa pun keadaannya. Bila tengah buat sesuatu dan dengar azan... pegi la solat dulu..
3-akhlak: terutama masa bertandang rumah orang, jaga sikit tingkah laku. Jangan memerhati keadaan dalam rumah; tunduk pandangan mata tu..kalau boleh duduk di kerusi yang menghadap ke pintu utama atau dinding rumah.
4-dress up: jaga penampilan bila keluar rumah. Bukan hanya untuk kelihatan kemas tapi mesti mengiku kod-kod pemakaian menurut syarak; tidak ketat, tidak jarang dan menampakkan bentuk tubuh serta tidak keterlaluan dalam berhias.
Ini semua perkara yang perlu diambil berat bukan sahaja pada waktu perayaan sebegini, malah dalam semua keadaan bila kita bermuamalat dengan orang ramai.
p/s: untuk kita semua, bukan untuk orang-orang tertentu sahaja. Tegurlah andai tersilap, jangan sombong. Tidak semestinya orang jahil tidak boleh menegur orang alim dan orang alim tidak boleh mengambil manfaat dari orang yang jahil . Sama-sama kita ganding bahu untuk mencari reda Allah S.W.T.
Maaf jika ada salah silap....Salam:D

Wednesday, 24 June 2015
Salam Ramadhan: Ramadhan Kareem...8 Ramadhan 1436H
Belum terlewat rasanya untuk ucap Selamat Hari Bapa kepada para bapa di seluruh dunia, terutama pada ayah yang banyak susah payah untuk membesarkan anaknya ini.
Bila jauh dengan mak, ayah n adik beradik camnie (Ramadhan time) walau seketika, menggamit ingatan pada kisah zaman dahulu kala...
Kalau dulu-dulu time mula-mula blaja puasa ayah selalu bawak jalan-jalan waktu petang nak tunggu buka, kalau cuti, ayah bawak jalan-jalan ronda kampung...masih ingat lagi, time mula-mula puasa penuh, ayah bagi hadiah rantai, time tu baru umur 8 tahun...
Bila dah tua nie n dikenang balik, ayah memang seorang yang begitu committed bagi semangat dekat anak-anaknya, didik kami semua dengan ilmu agama, cuba penuhi impian kami adik-beradik, gigih cari rezki, tak bagi kami pinjam PTPTN coz kesian dekat kami tanggung beban hutang...for me, he like a sun...who gives me a shining n hopeness...always remaind in my mind n heart...Love U So Much Ayah...
Doa saya khas buat mak n ayah:
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...
Ya Allah...
Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku,
dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku di waktu kecilku...
Ya Allah...
Mantapkanlah akidah, keimanan dan pegangan mereka pada taliMu...
sebagaimana kuatnya akidah dan keimanan para sahabat terhadap NabiMu
Ya Allah....
Panjangkanlahumur keduanya...
dan kurniakanlah kesihatan yang baik pada keduanya...
kerana aku tidak sanggup melihat mereka sakit...
sebagaimana mereka tidak sanggup melihat aku sakit...
Ya Allah....
Bahagialah hidup keduanya,
murahkanlah rezki pada keduanya
dan lindungi serta jauhilah mereka dari sesuatu yang tidak baik...
sebagaimana mereka cuba melindungiku dari kepayahan dan kesukaran dalam hidup ini...
Ya Allah...
dengan rahmat dan kasih sayangMu...
Maka kabulkanlah doa hambaMu yang hina ini...
La Ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu mina zolimin...
wasallallahu a'la sayyidina Muhammad, wa a'la alihi wasahbihi wasallam....
Ameen, Ya Rabbal a'lamin....
Love both of U mak n ayah..

Thursday, 4 June 2015
Kita Rancang, Allah Rancang, tapi Siapa Yang Terbaek???
Salam Syaaban semua... :D
Berdasarkan surah Ali-Imran ayat 54, Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Kamu merancang dan Allah merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT"
Ape yea mesej yang cuba disampaikan dalam ayat nie...
1- Kita jangan anggap kita mampu laksanakan perancangan diatur
2- Meletakkan sepenuh pengharapan dan tawakal kepada Allah SWT selepas berusaha
3- Meyakini bahawa semua ape yang terlaksana adalah dengan izin Allah SWT
Bile kita merenung ape yang telah berlaku dalam kehidupan, kita akan dapati ade perancangan kita berlaku lebih awal dari masa yang djangkakan terkadang terlewat dan terkadang tidak berlaku sama sekali sedangkan kita telah 'plan' dengan sebaik mungkin...contoh mudah 'plan' nak kawen akhir tahun lepas selepas final sem, tup tup x jadi sebab tak jumpa calon yang sesuai. Jadi, kita nak salahkan siapa mak ayah, diri sendiri ataupun Allah SWT??? Cuba fikir...
Andai kita seorang yang waras dan percaya pada ketentuan qada' dan qadar pasti kita akan kate "apa yang berlaku adalah yang terbaek buatku kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi. Boleh jadi ia dilambatkan kerana kite tak mampu nak bagi komitment ataupun ade sebab-sebab lain yang kite terlepas pandang".
The most important is always positive and don't disapointed with Allah SWT...may Allah bless us..
Salam penuh kesyukuran...

Subscribe to:
Posts (Atom)