Ya Allah, bagimu segala pujian,
Engkaulah yang menegakkan langt dan bumi
Dan apa-apa yang berada di dalamnya
Ya Allah, bagiMu segala pujian,
kepunyaanMu seluruh kerajaan langit dan bumi
Dan apa-apa yang berada di dalamnya
Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah cahaya langit dan bumi
Dan apa yang berada di dalamnya
Hanya bagiMu segala puji,
Engkaulah sang Maha Haq
JanjiMu itu Maha Benar,
Pertemuan denganMu adaalah benar,
Kata-kataMu adalh benar
Syurga itu benar, neraka itu benar,
Para nabi itu benar,
Muhammad adalah benar,
dan hari Kiamat adalah benar
Ya Allah, hanya kepadaMu aku menyembah,
Hanya kepadaMu aku beriman,
Hanya kepadaMu aku bertawakal
Ya Allah,
KepadaMu aku kembali,
KepadaMu aku berjuang, dan
KepadaMu pula aku berhakim.
Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan kemudian,
Ampunilah aku daripada dosa yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan,
Dan daripada semua dosa-dosaku yang Engkau lebih Mengetahui daripadaku
Engkaulah yang menyegerakan dan Engkaulah yang mengakhirkan,
Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Dan tiada daya dan kekuatan, melainkan kerana Engkau,
Ya Allah...
(Hadis Riwayat Bukhari)
~Doa Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda bangun tidur untuk bertahajjud~
Hidup pasti ada pengakhiran, itu sunnatullah...Selagi usia bersisa, manfaatkan apa yang ada...
Sunday, 28 April 2013
Thursday, 25 April 2013
Percaturan Hidup
Assalamualaikum...
Salam sayang dan ukhwah ana ucapkan di pagi Jumaat yang barokah...
Perjalanan kehidupn seseorang hamba Allah S.W.T. telah ditentukan sejak azali lagi sama ada bila dia lahir, mati, jodoh pertemuan, dan sebagainya. Kita sebagaiman hanya perlu melaluinya dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.
Setiap perjalanan dalam kehidupan memerlukan kita berfikiran positif agar mampu melangkah ke hadapan dengan penuh kebahagiaan dan ketenangan. Walau apa pun musibah atau dugaan yang menimpa mempunyai hikmahnya yang tersendiri, sama ada kita mampu untuk menyingkapnya ataupun tidak kerana segalanya adalah dalam lipatan ketentuan Allah.
Memang benar, bahu yang memikul tidak sama dengan mata yang memandang kerana kerana tidak sama bebanan bagi orang yang menanggung dengan orang yang hanya milihat tanpa penghayatan dan penuh simpati. Namun seandainya orang yang melihat itu mempunyai sifat simpati yang tinggi maka tidak tidak hairanlah mengapa bebanan kesulitan itu dapat dikongsi bersam. Contonya seorang yang miskin yang serba kekurangan, tidak mampu untuk menjalani kehidupan dengan sempurna dibantu oleh jiran-jiran yang baik hati yang saling menghulurkan, tidak musahillah sekiranya si miskin tersebut mampu menjalani hidup dengan selesa. Itu lah antara kemuliaan ajaran agama yang menyeru ummatnya agar sentiasa bersedekah serta mengeluarkan zakat.
Oleh sebab itu, walau apa pun perjalanan yang bakal disusuri, kita seharusnya bersyukur melaluinya kerana kita masih punya Allah S.W.T. sebagai tempat mengadu yang sentiasa mendengar suara hati kita serta memberi kasih sayang yang melebihi semua makhluk yang ada di bumi ini.

Saturday, 20 April 2013
Saat Kematian Hamzah Bin Abdul Mutalib Di Medan Uhud
Wahsyi yang berbangsa Habsyi merupakan seorang
hamba kepada Jubair bin Muthim dan ketika kaum Quraisy bersiap sedia untuk
menghadapi peperangan Uhud, Jubair datang menemui hambanya dan berkata:
“Jika kamu dapat membunuh Hamzah iaitu bapa
saudara Muhammad, aku akan memerdekakan kamu. Aku ingin membalas dendam terhadap
kematian bapa saudaraku peda peperangan Badar.”
Pada
malam perang Uhud tercetus, Rasullullah s.a.w. telah mengetahui bahawa bapa
saudaranya akan gugur syahid lalu Nabi
s.a.w. bertanyakan kembali kepada Hamzah tentang ketauhidan, kenabian serta
risalah yang dibawa oleh baginda. Kemudian Hamzah mengucapkan kembali syahadah
dengan tegas dan setelah bendengarkan ucapan Hamzah, Nabi s.a.w. bersabda:
“Hamzah adalah pemimpin
para syuhada, singa Allah dan singa Rasul-Nya dan bapa
saudara Nabi.” Sabda Nabi ini meyebarkan
rasa kesyahidan dan membuat
dada Hamzah menjadi gemuruh lalu air mata kebahagiaan menitis dari tubir matanya. Rasulullah s.a.w. berdoa agar
bapa
saudaranya itu tetap berani berdiri di jalan tauhid dan segala keraguan di dalam
hatinya dapat
dihilangkan.
Ketika
hendak memasuki medan Uhud, Hamzah berkata kepada Nabi s.w.a. bersabda:
“Aku bersumpah atas nama Allah, tidak akan sedikitpun
menyentuh makanan sebelum mengeluarkan semua musuh dari kota Madinah.”
Perang Uhud terjadi pada bulan Ramadhan, kaum Muslimin
berbaris dengan rapi di kaki gunung Uhud di bagian utara Madinah. Setelah
perang satu lawan satu, maka dimulailah perang secara terbuka. Hamzah bertempur
dengan gagah berani dan penuh dengan keimanan yang membara. Dengan dua pedangyang digenggam kemas di tangannya, beliau menyerang dengan penuh
keberanian sambil menjerit:
“Aku adalah singanya Allah.”
gambar hiasan
Semasa pertempuran sengit
antara kedua-dua belah pihak sedang bertempur di medan Uhud, Wahsyi mengambil
peluang mencari-cari Hamzah sebagai sasarannya . ketika ternampak Hamzah bin
Abdul Mutalib, musuhnya itu, beliau sedang bertarung dengan musuhnya seumpama
seekor unta yang mengamuk ysng mana beliau menyerang setiap orang musuh dengan
pedangnya tanpa seorang pun dari
kalangan mereka dapat melawannya.
Setelah itu, Wahsyi bersiap untuk menjadikan
Hamzah sebagai sasarannya dan dia mengambil peluang dengan bersembunyi di
sabalik batu yang berdekatan dengan sebatang pokok dimana Hamzah
hamzah sedang bertarung melawan musuh. Pada pandangan Wahsyi, apabila
Hamzah menghampiri tempat persembunyiannya, ia akan memudahkannya untuk
menyerang dengan melemparkan pisau yang berada di tangannya itu.
Ketika mana Wahsyi sedang sibuk membuat
perancangannya, tiba-tiba Sibak bin Abdul Uzza datang menyerang Hamzah dan
apabila Hamzah menyedari Sibak datang menghampirinya, Hamzah berteriak:
“Ah! Kamu ke sini hanya untuk mencari mati!”
Dengan sekali hayunan pedang, kepala Sibak
terguling jatuh ke tanah dan ketika itulah, Wahsyi terus mengacu-acukan
pisaunya itu. Apabila dirasakn sasarannya itu tepat, Wahsyi terus
melemparkannya ke arah Hamzah dan pisau tersebut mengenai sasarannya iaitu di
bawah bahagian perut Hamzah sehingga menembusi bawah kelangkangnya.
Namun begitu, Hamzah cuba untuk bangun
menyerang Wahsyi, tetapi dia sudah tidak berdaya lagi dan Wahsyi pergi
meninggalkan Himzah di situ sehingga terkulai mati. Selepas itu, dia pergi
semula ke tempat kejadian untuk mengambil pisaunya tadi dan menuju ke kawasan
perkhemahan Quraisy dan dia duduk menunggu di situ. Disebabkan dia tidak
mempunyai tujuan lain di medan peperangan Uhud itu kecuali hanya untuk membunuh
Hamzah dan dia berharap agar dapat dimerdekakan oleh Jubair bin Muthim secepat
mungkin sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini. Setelah kembali ke
Makkah, Wahsyi telah dimerdekakan oleh tuannya dan kemudian dia terus menetap
di Makkah.
Setelah
Hamzah menemui ajalnya, maka datang Hindun binti Utbah (isteri Abu Sufyan,
pemimpin tentera Quraisy) lalu menoreh dada Hamzah untuk mengeluarkan hati dan
jantungnya yang masih panas dan bergerak-gerak itu dan Hindon cuba untuk memakannya
bagi melepaskan rasa sakit hatinya.
Apabila
peperang Uhud selesai dan kaum Quraisy telah kembali ke Makkah, Rasulullah s.a.w.
telah menghadapi kemurungan dan kesedihan yang amat apabila melihat keadaan
jenazah bapa saudaranya lalu baginda s.a.w. meminta Allah melaknat orang-orang Quraisy
itu.
Sesudah baginda memohon laknat untuk mereka, maka turunlah ayat Al-Quran yang bermaksud:
Sesudah baginda memohon laknat untuk mereka, maka turunlah ayat Al-Quran yang bermaksud:
“Tiada satu pun
bagimu sama ada Allah hendak menerima taubat mereka, ataupun Dia hendak
mengazab mereka, lantaran mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menakluki Kota
Makkah, Wahsyi melarikan dirinya ke Thaif seterusnya menetap di sana. Ketika
mana pendududk Thaif sedang bersiap-siap untuk menemui Nabi s.a.w. untuk
memelik agama Islam, Wahsyi berasa seba
salah dan tidak tahu ke mana lagi harus melarikan diri dan dia terfikir-fikir
sama ada untuk melarikan diri lagi sama ada ke Sham, Yaman atau negeri-negeri
lain kerana keadaan ini menjadikan dia seperti seorang buruan sehingga dia
merasakan hidupnya begitu sukar.
Dalam menghadapi kekusutan itu, ada seseorang
dari penduduk Thaif menemuinya dan berkata:
“Apa yang kamu takutkan? Muhammad tidak akan membunuh
orang yang masuk ke dalam agamanya dan mengucap syahadah kebenaran.”
Setelah kebuntuan, Wahsyi menerima nasihat dari
orang tersebut dan dia turut menuju ke Madinah untuk menemui Nabi Muhammaad
s.a.w. dan tanpa dia duga, Nabi s.a.w.
melihat dia mengucapkan syahadah di hadapan baginda lalu baginda s.a.w.
berpaling kepadanya dan berkata:
“Adakah kamu ini Wahsyi?”
“Ya saya, wahai Nabi Muhammad!” kata Wahsyi.
“Duduklah! Ceritakanlah bagaimana kamu membunuh Hamzah,” kata Nabi Muhammad s.a.w.
Lalu Wahsyi pun menceritakan kepada Nabi Muhammad bagaiman dia telah membunuh Hamzah bermula dari awal hingga akhir kejadian tersebut. Setelah selesai ceritanya, Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Wahsyi:
“Berhati-hatilah kamu ! Jangan lagi kamu datang
menunjukkan wajahmu kepadaku!”
Setelah itu, Wahsyi terus menjauhkan dirinya di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah
Nabi Muhammad s.a.w. wafat.
Subscribe to:
Posts (Atom)