biodata ringkas badiuzzaman Said Nursi...
Badiuzzaman Said Nursi ialah Said
bin Mirza dan
Nuriyah. Kedua ibubapa beliau berasal
dari salasilah keturunan ahli al-bayt yang mana Mirza berasal dari
keturunan Hasan bin Ali r.a. dan ibunya dari keturunan Husain bin Ali r.a.. Al-Nursi merupakan seorang
tokoh tasawuf dan negarawan telah dilahirkan pada tanggal 1877 di sebuah
kampung bernama “Nurs” yang terletak di timur Anatolia. Beliau telah meninggal
dunia pada waktu pagi 23 Mac 1960M dan beliau membesar dalam suasana kesufian kerana ayahnya merupakan seorang
sufi. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh adik beradik iaitu Durriyah,
Hanim, Abdullah, Said (Nursi), Muhammad, Abdul al-Majid dan Marjan. Kecerdikan beliau
terserlah apabila mampu mengalahkan beberapa orang ulama terkenal dalam majlis
perbahasan pada usia 16 tahun. Oleh sebab itu, beliau diberi gelaran
Badiuzzaman (kekagungan zaman). Beliau seorang yang berpandangan jauh dan mampu
mengenal pasti isu-isu kerosakan dan penyelewengan yang berlaku dalam tamadun
manusia pada ketika itu antaranya ialah kejahilan dalam mengenal Allah SWT,
Nabi s.a.w., tidak menghiraukan agama, kemiskinan dan perpecahan. Kerana itu,
beliau cuba meniup semangat keilmuan dalam masyarakatnya di samping memberi
perhatian terhadap agama, ekonomi dan menekankan kepentingan persatuan dan
kesatuan .