Nama sebenarnya
ialah Abdul Samad Faqih Abdullah yang lahir pada zaman pemerintahan Long Yunus
iaitu 1207H bersamaan dengan 1792M. Beliau dianggap sebagai tokoh terawal di
Kelantan dan merupakan saudara dua pupu Syeikh Daud Abdullah al-Fatani iaitu
ulama asal Patani yang masyhur. Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang
isteri iaitu Mek Mendusa, Bi'ah, Thamani dan Zaleha dan dikurniakan 16 anak serta empat daripadanya
meninggal dunia ketika masih kecil. Antara anak- anak Tok Pulai Condong ialah
Abdul Hamid, Abdul Syukur, Abdul Aziz, Umar, Muhammad Said, Taib, Siti Mariam,
Muhammad Arsyad, Abdullah, Muhammad, Zainab, Ummu Maimunah.
Di
awal pendidikannya daripada ayah dan datuknya melalui sistem pengajian pondok
tradisional Pattani serta belajar di
Pondok Pauh Bok, Pattani dengan guru
beliau iaitu Syeikh Abdul Rahman Abdul Mubin al-Fatani sebelam menyambung
pengajian di Makkah. Semasa beliau berusia 16 tahun iaitu sekitar tahun 1808M
bersamaan 1223H, ayahnya iaitu Faqeh Abdullah telah menghantar beliau ke Makkah
untuk mendalami ilmu di Masijidil Haram dan ketika di sana, Beliau telah
menuntut ilmu dengan Tuan Guru Adam disamping ada yang mengatakan beliau
merupakan salah seorang anak murid kepada Syeikh Daud al-Fatani . setah menetap
beberapa tahun di Makkah, Tok Pulai Chondong pulang ke Kelantan dan menyebarkan
ilmunya dalam bidang agama yang berkaitan Usuluddin, Fiqh, dan Tasawuf.
Di
atas sifat yang cintakan ilmu, beliau sekali lagi pergi melanjutkan pengajian
di Makkah pada tahun 1840M kerana
merasakan dirinya masih perlu belajar bukan mengajar padahal pada waktu
itu, mengikut pendapat beberapa orang ulama lain,Tok Pulai Chondong memang
layak belajar bukan mengajar. Di sana,
beliau kerap menunaikan haji dan pernah membawa anaknya, Muhammad Arshad yang
berusia 13 tahun. Sewaktu menunaikan haji beliau sempat menziarah makam Imam
Syafie di Mesir bersama Tuan Tabal (Pengarang Kitab Sabla dan Tuan Haji Hassan
Besut).
Pada 1820 Tok Pulai Condong membuka Kampung Bilal Talib, Pulai Condong dan membina sebuah surau berhampiran sebatang pokok pulai di kampung itu. Sekembalinya dari Makkah, beliau aktif menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat dengan mendirikan sebuah surau pada 1820 dan dijadikan pusat pengajian sistem pondok. Selain mendirikan pondok, beliau turut mendirikan masjid pada yang sama tetapi musnah dalam kebakaran dan sekali lagi membina masjid baru sebelum ia dipindahkan ke Kampung Surau. Masjid itu dikenali sebagai Masjid Tok Pulai Condong yang digunakan hingga sekarang dan menara masjid ini menjadi objek kemegahan tempatan kerana ia dibina oleh Tok Pulai Condong sendiri.
Menara
setinggi 57 kaki (18 meter) itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana dibina
menggunakan sebatang kayu cengal tanpa bersambung . Selain itu, menara masjid
berbentuk lapan segi dengan ukur lilit 12 kaki (empat meter) itu, mempunyai 23
anak tangga, digunakan oleh bilal untuk melaungkan azan. Keteguhan menara itu
teruji apabila negeri dipukul ribut besar pada 1880 menyebabkan banyak pokok tumbang,
tetapi menara itu tetap teguh dan tidak terusik.
Semakin
banyak pengetahuannya di bidang tasawuf semakin kuat Tok Pulai Chondong
beramal.Sebenarnya
memang sejak kecil Tok Pulai Chondong ialah seorang yang memang mempunyai
ciri-ciri khusus tentang amalan itu. Pada masa tuanya beliau terkenal sebagai
seorang sufi yang warak, banyak membaca pelbagai wirid dan zikir. Zikir jihar
dan zikir sirr semuanya beliau kerjakan dengan tekun sepanjang siang dan malam.
Doa yang paling sering diamalkannya
ialah Hizb al-Bahri yang sanadnya bersambung dengan pengamalnya yang mula-mula
iaitu Wali Allah Saiyidi Syeikh Abi Hasan asy-Syazili. Hizb al-Bahri telah
beliau ijazahkan kepada beberapa muridnya di Mekah. Antaranya ialah seorang bangsa Arab
yang bernama Syeikh Ahmad bin As'ad ad-Dihan. Syeikh Ahmad ad-Dihan
mengijazahkan pula kepada Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani.
Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani menulis doa tersebut dalam
sebuah kitab yang diberi judul Lum'ah al-Aurad. Daripada sini ia tersebar dan
banyaklah orang mengamalkan Hizb al-Bahri melalui penerimaan ijazah daripada
seorang guru ke seorang guru hinggalah ke hari ini.
Pada tahun
1874M, Tok Pulai Chondong telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Makkah dan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Maala (berhampiran kubur Siti Khadijah).
Antara karamah Tok Pulai Chondong:
Antara karamah Tok Pulai Chondong:
1-
Berdasarkan kisah di mana
pada suatu ketika (semasa menuntut ilmu di Makkah), Tok Pulai Chondong
dikatakan pulang untuk mengambil buah durian di Pulai Chondong dan dalam masa
24 jam tersebut juga sudah berada semula di Kota Makkah sedangkan tempoh
perjalanan kapal pada masa itu memakan masa yang panjag iaitu berbulan-bulan.
2- Pada tahun 1873, sebelum berangkat ke Mekah untuk kali ke empat
dan terakhir, Tok Pulai Chondong sempat berpesan kepada anak muridnya iaitu
Haji Abdul Ghani Pangkal Gong agar jangan lupa untuk menebang pokok kelapa yang
tinggi-tinggi di sekeliling masjid itu kerana katanya:
“kita ni nak mari ribut”.
“kita ni nak mari ribut”.
Ribut yang
dimaksudkan itu ialah petaka angin besar tahun 1880 yang sangat masyhur di
dalam sejarah negeri Kelantan.
Ribut tersebut seolah-olah hendak menguji Menara Masjid Pulai Chondong kerana semua pokok-pokok yang besar dan kecil di sekitar menara tersebut tumbang bergelimpngan tetapi dengan kehendak Allah, Menara itu tetap berdiri dengan megahnya hingga sekarang.
Ribut tersebut seolah-olah hendak menguji Menara Masjid Pulai Chondong kerana semua pokok-pokok yang besar dan kecil di sekitar menara tersebut tumbang bergelimpngan tetapi dengan kehendak Allah, Menara itu tetap berdiri dengan megahnya hingga sekarang.
Masjid Tok Pulai Chondong yang kekal sehingga ke hari ini...
No comments:
Post a Comment