Thursday 21 March 2013

Macam mana Cara Menutup Aurat Yang Sempurna?

Salam Jumaat yang penuh didalamnya segala macam barakah...(perbanyakkan selawat kepada Nabi s.a.w., perbanyakkan berdoa kerana suatu detik pada hari Jumaat setiap doa akan dimakbulkan dan pelbagai perkara sunat lain yang memberi ganjaran pahala kepada pelakunya)...begitu pemurahnya Allah...


Terkadang apabila Allah anugerahkan kepada kita sesuatu kenikmatan kita lupa bahawa kita perlu mensyukurinya dan menjaganya dengan baik. Sebagai contoh apabila Allah menganugerahkan kecantikan kepada kaum perempuan atau wanita mereka perlu menjaga uarat mereka dengan sebaiknya dengan menutup aurat dengan sempurna di hadapan yang bukan muhrim sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau para pempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki,  atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung."


Selain daripada menyebut tentang golongan yang membolehkan seseorang perempuan membuka auratnya, ayat di atas juga turut mewajibkan seorang perempuan untuk menutup auratnya dengan sempurna kecuali muka, dua pergelangan tangan dan selain itu, ia adalah aurat bagi seorang perempuan.

Sebagaimana yang kita maklum, walau apa jenis meterial atau fabrik , fesyen dan sebagainya yang kita pakai, Islam tidak melarang bahkan menyukai ummahnya cantik kerana Allah juga menyukai kecatikan. Namun begitu, ia  mestilah bertepatan dan berlandaskan syariat Islam yang mana ia mestilah tebal, tidak menampakkan bentuk tubuh serta tidak ketat.
Pemakaian seseorang perempuan tidak berhenti di situ sahaja, bahkan mereka mestilah melabuhkan tudung mereka sehingga menutup bahagian dada, tidak menampakkan bentuk leher dan telinga serta menutup kaki mereka kerana setiap daripada itu, ia merupakan aurat kepada seseorang wanita.
Wallahu a'lam...

1 comment: