Friday 23 November 2012

Hakikat Kematian





Hakikat kematian yang sebenar-benarnya terkandung di dalam Al-Quran, hadis dan pendapat para ulama bukanlah bererti ketiadaan atau kehancuran keseluruhan atau kehilangan sepenuhnya sesudah mati dan tidak akan dihidupkan semula selepas kematian yang berlaku.

            Menjadi satu kesilapan yang besar apabila kita beranggapan bahawa apabila matinya seseorang hamba, dia akan lenyap begitu sahaja dan ingatlah bahawa kematian itu adalah satu peraturan atau fitrah semula jadi setiap makhluk yang bernyawa yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dan ianya pasti akan menemui ajalnya untuk menuju ke negeri yang kekal abadi iaitu negeri Akhirat dengan tujuan agar semua manusia akan menerima pambalasan masing-masing terhadap apa yang telah mereka lakukan di dunia ini.

            Kematian bermaksud terputusnya hubungan roh dengan jasad dengan, bila terpisah antara keduanya, pergantian keadaan dan perpindahan daripada satu alam kea lam yang lain. Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Tiap-tiap jiwa (yang bernyawa) pasti akan merasai kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah beruntung.” (Ali Imran; 3:185)

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah. Sebagai ketetapan yang tertentu waktunya. Barangsiapa yang menghendaki pahala dunia, nescaya Kami akan berikan kepadanya pahala dunia, dan barangsiapa yang menghendaki pahala akhirat, nescaya Kami akan berikan kepadanya pahala akhirat. Dan kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran; 3: 145)

            Mati berbeza dengan tidur kerana tidur merupakan terutusnya hubungan sementara antara roh dan jasad. Allah S.W.T. sangat berkuasa ke atas makhlukNya dan Dialah berkuasa menghidupkan dan mematikan hambanya di saat tidak adanya hidup dan di saat ajal Allah menggenggam roh. Dan Dialah jua yang memegang roh yang belum tiba masa ajalnya iaitu di saat hambaNya sedang tidur. Ketahuilah ketika seseorang amba itu tidur, jasadnya tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membezakan dan merasakan sesuatu sekalipun secara batin.

            Oleh kerana itu, para ulama berpendapat bahawa tidur itu sebagai satu naluri yang menimpa seseorang hingga melengah dan menghalangi perasaannya untuk melakukan sesuatu urusan. Adapun dalm keadaan sedar atau jaga, roh manusia akan berjalan dalam tubuh badan yang menyebabkan kita boleh bergerak, bercakap, merasa dan berfikir dengan sempurna.

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa (orang) yang belum matidi waktu tidurnya. Maka Dia tahan jiwa yang Dia tetapkan kematiannya itu dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”(Az-Zumar; 39: 42)

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui hal-hal yang ghaib dan nyata lalu dikhabarkan kepada kamu apa-apa yang kamu kerjakan.” (Al-Jumu’ah; 62:8)

Berdasrkan keterangan ayat dia atas, jelaslah kepada kita bahawa setiap insan tidak boleh melarikan diri daripada menghadapi kematian. Mati itu pasti dan akan menjemput sesiapa sahaja apabila tiba waktunya. Kemudian kita akan diberitahu semula apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini untuk diberikan balasan oleh Allah S.W.T.. jika baik amalan kita, balasan baiklah yang kita akan dapat dan jika amalan buruk melebihi amalan kebaiakan maka balasan azab dan sengsara yang akan diperolehi di akhirat kelak.

            Sesungguhnya kematian itu sendiri menunjukkan kepada kita bahawa ia adalh batas kesempurnaan roh (jiwa) dalam hidupnya (umurnya). Mati itu adalah penyempurnaan dua keadaan iaitu penyempurnaan secara hakiki yang dinamakan dengan kematian dan penyempurnaan secara tidak hakiki yang dinamakan tidur. Ibn Abbas telah mentafsirkan firman Allah S.W.T. pada ayat 42 dalam surah Az-Zumar bahawa;
“Roh-roh orang yang sedang tidur dan kemudian mereka saling berdialog seperti apa yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah menahan roh orang yang mati itu dan melepaskan yang hidup (tidur) tanpa sedikit pun keraguan atau terjadinya kesalahan."

Wakllahu a'lam

1 comment:

  1. How to play roulette | JT Hub
    The roulette table at JT's casino is designed for American roulette players. 서산 출장안마 Play 과천 출장안마 it for free 경기도 출장샵 online 동해 출장안마 or play 경기도 출장샵 on your cell phone.

    ReplyDelete