Thursday 25 April 2013

Percaturan Hidup

Assalamualaikum...
Salam sayang dan ukhwah ana ucapkan di pagi Jumaat yang barokah...
Perjalanan kehidupn seseorang hamba Allah S.W.T. telah ditentukan sejak azali lagi sama ada bila dia lahir, mati, jodoh pertemuan, dan sebagainya. Kita sebagaiman hanya perlu melaluinya dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.

Setiap perjalanan dalam kehidupan memerlukan kita berfikiran positif agar mampu melangkah ke hadapan dengan penuh kebahagiaan dan ketenangan. Walau apa pun musibah atau dugaan yang menimpa mempunyai hikmahnya yang tersendiri, sama ada kita mampu untuk menyingkapnya ataupun tidak kerana segalanya adalah dalam lipatan ketentuan Allah.

Memang benar, bahu yang memikul tidak sama dengan mata yang memandang kerana kerana tidak sama bebanan bagi orang yang menanggung dengan orang yang hanya milihat tanpa penghayatan dan penuh simpati. Namun seandainya orang yang melihat itu mempunyai sifat simpati yang tinggi maka tidak tidak hairanlah mengapa bebanan kesulitan itu dapat dikongsi bersam. Contonya seorang yang miskin yang serba kekurangan, tidak mampu untuk menjalani kehidupan dengan sempurna dibantu oleh jiran-jiran yang baik hati yang saling menghulurkan, tidak musahillah sekiranya si miskin tersebut mampu menjalani hidup dengan selesa. Itu lah antara kemuliaan ajaran agama yang menyeru ummatnya agar sentiasa bersedekah serta mengeluarkan zakat.

Oleh sebab itu, walau apa pun perjalanan yang bakal disusuri, kita seharusnya bersyukur melaluinya kerana kita masih punya Allah S.W.T. sebagai tempat mengadu yang sentiasa mendengar suara hati kita serta memberi kasih sayang yang melebihi semua makhluk yang ada di bumi ini.

No comments:

Post a Comment